About Us
Pada tahun 2003, Chantique Skin & Body Care adalah sebuah salon kecantikan yang telah di tubuhkan dan di asaskan oleh Pn Khairul Nisha Binti Kushin , setelah 1 tahun menapak di dalam industri kosmetik Pn Khairul Nisha telah memilih nama ERIESYA dan ia merupakan gabungan nama anak-anaknya iaitu Noor Syahiera(11), Erieka Sofea (7) dan Eriesya Sofea(4) di mana nama itu lebih komersial setanding dengan kepesatan permintaan produk ketika itu,maka terbinalah ERIESYA SPA SERIES. Setelah 4 tahun berkecimpung dalam bidang kosmetik ERIESYA semakin menempa nama & mengorak langkah untuk lebih berdaya saing. Oleh yang demikian pada tahun 2008 ia telah di perbadankan sebagai syarikat SDN BHD yang mana di tukarkan kepada ERIESYA SPA HOLDING SDN BHD. Ia juga telah diberi imej baru dari segi penglabelan, pembungkusan dan kualiti mutu pengeluaran produk di tingkatkan. Produk Eriesya Spa adalah berasakan herba-herba terpilih dan mutunya adalah dijamin berkesan.
Pada tahun 2007, adalah tahun yang begitu mencabar bagi beliau kerana terdapat banyak halangan dan dugaan yang terpaksa di hadapi oleh beliau. Namun akhirnya beliau bangga dengan kejayaan yang telah di kecapi. Semua itu tidak terhenti di situ sahaja, beliau kini telah melebarkan sayap perniagaannya denga membuka banyak cawangan outlet di daerah Sg Petani. Lokasinya adalah di Central Square Sg Petani, Giant dan juga Tesco. Dek kerana terlalu obsess dengan kecantikan, beliau juga telah membuka sebuah Spa yang berkonsepkan Tradisional Indonesia di Central Square Sg Petani bagi memenuhi permintaan si pencinta spa. Prinsip yang di terapkan oleh beliau, kepuasan pelanggan adalah kejayaan yang tidak ternilai.
Dalam mengharungi liku-liku kepayahan beliau sekali lagi berjaya menggapai cita-citanya untuk membuka sebuah kilang yang mengeluarkan pelbagai produk kecantikan serta dandanan diri . AGY BiOTECH di tubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah kilang yang bertaraf GMP. Penubuhan kilang AGY BIOTECH bukanlah sekadar untuk mencari populariti, penubuhannya adalah untuk membantu usahawan bumiputra supaya lebih yakin dan juga dapat membuka jalan kepada mereka yang selama ini tercari- cari sebuah kilang yang dapat menghasilkan produk kecantikan & dandanan diri berjenama mereka sendiri.


